Travel atau melancong memang menyeronokkon. Namun usah sampai keseronokkan tu menyebabkan kita mengabaikan keselamatan diri dan mereka yang travel bersama kita. Pastinya kita nak pergi enjoy traveling, pergi dengan selamat, balik pun dengan selamat kan! 



Jom Kak El kongsikan 10 Tips Travel untuk memastikan kita selamat pergi dan pulang ke pangkuan keluarga tercinta! 


Sebelum tu perlu kita tahu apa risiko yang boleh dihadapi jika anda travel? 




Tahu risiko bukanlah untuk menakutkan, tapi lebih bersedia untuk buat persiapan sebelum travel. Jadi kita tak lah leka. 

1. Risiko kesihatan. 
Isu kesihatan yang tidak diingini adalah kebimbangan utama. Tsunami Pandemik COVID-19 menbuatkan kita lebih berjaga-jaga. Pastikan anda sentiasa mengikuti berita terkini tentang pandemik di negara yang ingin anda kunjungi. Selain tu bawalah Supplimen & ubat-ubatan asas untuk sakit seperti demam, cirit birit sebagai persediaan.

2.Penipuan. 
Pelancong berisiko menjadi sasaran penipu, terutamanya jika anda tidak fasih dalam bahasa tempatan atau tidak memahami budaya setempat.

3. Pencurian. 
Kehilangan pasport, wang, atau barang berharga lain boleh berlaku semasa travel.

4. Keganasan.
Pelancong mungkin terlibat dalam jenayah keganasan, terutamanya jika anda tidak menyedari lokasi yang akan anda kunjungi.

5.Risiko pengangkutan. 
Masalah pengangkutan boleh menjadi isu lain, terutamanya jika anda melancong ke negara yang terkenal dengan kemalangan pengangkutan, jadual pengangkutan awam yang rumit (atau tidak ada), atau kesesakan lalu lintas yang teruk.

6. Bencana semula jadi. 
Bergantung di mana anda melancong, bencana seperti gempa bumi, taufan, ribut, dan bencana semula jadi lain yang tidak terduga boleh berlaku.

7. Perang atau ketidakstabilan politik. 
Walaupun lebih jarang berlaku daripada risiko lain, bergantung pada negara atau kawasan yang anda kunjungi, risiko politik boleh menjadi masalah.



10 Tips Travel Yang Selamat





1. Lakukan penelitian  atau sedikit 'study' sebelum melancong. 

Pelajari tentang negara yang kita nak pergi tu, situasi politik, norma budaya, lokasi yang selamat untuk pelancong, tempat penginapan yang selamat, dan kawasan yang sebaiknya dielakkan atau mendatangkan risiko. 


2. Cuba untuk 'blend' sekeliling anda. 

Setelah melakukan 'study' tentang tempat yang nak pergi , cubalah berkelakuan seperti penduduk tempatan. Usah menonjolkan diri dengan membawa beg pakaian yang besar, dua kamera, dan raut wajah keliru. Usah hina atau melanggar adat dengan berpakaian atau berperilaku tidak sopan. 

Contoh lain, jika negera mereka orangnya sopan, bercakap perlahan, jadi kita janganlah terjerit-jerit dan bergelak ketawa secara besar-besaran dengan kawan-kawan. He he he. 


3. Jangan pamerkan kekayaan anda. 

Jangan mempamerkan wang tunai atau barang mahal yang dapat menarik perhatian penipu dan pencuri. Kak El pernah baca tips supaya kita bawa dompet palsu yang berisi sedikit wang untuk dijadikan pengorbanan jika anda diganggu. Sentiasa jaga barang kita. 


4. Selamat dalam pengangkutan. 

Pastikan mengesahkan jadual penerbangan dan mengelakkan kemalangan pengangkutan udara. Gunakan perkhidmatan bas yang dipercayai dengan ulasan dalam talian. Tempah tiket dengan awal jika boleh, dan bawa peta untuk mengelakkan tersesat.


5. Jaga barang-barang anda. 

Jangan membawa terlalu banyak bagasi. Pilih yang tidak menarik perhatian, supaya tidak kelihatan seperti membawa sesuatu yang berharga. Jangan tinggalkan barang bawaan anda tanpa pengawasan.  Pilih hotel yang dilengkapi dengan peti keselamatan di bilik.


6. Dapatkan insurans perjalanan. 

Jangan ragu untuk mengambil insurans perjalanan. Ia tidak hanya melindungi daripada kecederaan dan kunjungan ke hospital yang tidak dijangka, tetapi juga melindungi daripada kecurian atau kehilangan barang peribadi. 

Jika ada kes masuk hospital, kos hospital sangat mahal. Jadi jangan teragak-agak nak ambil insurance. 


7. Sediakan maklumat kecemasan.

Simpan nombor kontak untuk perkhidmatan kecemasan tempatan (polis, bomba, ambulans) dan kedutaan negara anda (jika ada) di tempat yang anda lawati.

8. Uruskan wang anda. 

Beri maklumat terlebih dahulu kepada bank jika anda akan menggunakan kad debit dan kredit di luar negara, atau kad anda mungkin diblok jika dianggap mencurigakan. Cari tahu di mana tempat terbaik untuk menukar mata wang tempatan, kerana mesin ATM. Selalu bawa sejumlah kecil wang tunai bersama anda.


9. Jaga kesihatan anda. 

Pastikan ada bekalan ubat-ubatan seperti ubat cirit birit, ubat penahan sakit, dan losyen anti-serangga. Konsultasikan doktor dan dapatkan vaksin yang sesuai sebelum travel. Pastikan bekalan ubat yang diperlukan mencukupi untuk beberapa hari tambahan daripada tempoh perjalanan. Bawa SUPPLIMEN untuk pastikan anda sihat dan bertenaga. Minum Air dengan teratur untuk mengelakkan dehidrasi jika anda memilih untuk mendaki atau berjalan jauh.


10. Tahu cara berkomunikasi. 

Pelajari frasa kecemasan asas dalam bahasa tempatan seperti "Saya perlukan bantuan", "Di mana hospital/stesen polis/kedutaan terdekat?" dan lain-lain. 

Moga Tips Travel yang Kak El kongsikan ni bermanfaat! 


Jom baca Tips Travel di Blog Farah : Cara Handle Susu EBM

---------------------

Laila Mukhtar : SID 570916
Nombor telefon: 012 4299 533 
Whatsapp Kak EL : Klik Sini
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota & Nilai

Terima kasih korang sudi baca. Jumpa lagi di lain entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeKajang #ShakleeBangi #ShakleeBandarSeriPutra #ResVShaklee #VivixShaklee