Vitamin E selalu dikaitkan dengan Vitamin yang bagus untuk kulit, hilangkan parut, nak cantik. Tahukan korang Vitamin E ni lebih daripada itu. Entri kalini Kak El nak share beberapa fakta ringkas tentang Vitamin E dan lima manfaat utama atau benefit Vita E.
Fakta Vitamin E
Vitamin E
merupakan Vitamin yang larut lemak (fat soluble). Jadi elok diambil selepas
makan. Fungsi
utama Vitamin E adalah Antioksidan yang melawan radikal bebas dan melindungi
sel kita. Biasanya
Vitamin E ditemui dalam kacang, bijian, buah, sayuran dan minyak dari tumbuhan.
Perasan
tak, Vitamin E ni memang terkenal dan digunakan sebagai active ingredient dalam
product skin care? Nanti Kak El share apa fungsi Vitamin E ni untuk kulit cantik.
Vitamin E ni sesuai untuk lelaki dan wanita.
5 Manfaat Utama Vitamin E
i. Vitamin E menyoking kesihatan penglihatan.
- Vitamin E dapat mengurangkan risiko membentukan katarak.
- Ia bertindak dengan mengurankan 20% risiko AMD (age macular degeneration).
- Ia juga mengurankan kerosakan membrane sel oleh sinaran UV ke atas mata.
ii. Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat
Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:
- Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda.
- Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.
iii. Meningkatkan
Kualiti Sperma
Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian anda!
Ia menggalakkan:
- Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
- Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
- Pengurusan andropaus yang lebih baik.
iv. Mengekalkan Kulit Berseri.
Bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:
- Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
- Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memudarkan parut dan cela
- Mengurangkan garis halus wajah
v. Fungsi Otak
yang Lebih Baik
Vitamin E menyokong fungsi kognitif otak. Ada banyak kajian yang menyatakan Vitamin E bukan saja menyokong fungsi kognitif otak tapi juga mengurankan risiko Alzheimer (Nyanyuk).
Vitamin E bantu kurangkan brain cognitive decline
Tips Cara Pilih Vitamin E
i. Pilih yang dari sumber semulajadi. Kenapa semulajadi? ia lebih mudah diserap oleh tubuh badan.
ii. Pilih yang ada tambahan Selenium - kerana Vitamin E dengan selenium bersifat sinergetic meningkat fungsi vitamin E ke atas tubuh badan kita.
Kak El pilih Vitamin E Shaklee yang mana menepati ciri diatas. Extra Bonus, Vitamin E Shaklee ada tambahan Grape Seed Extract. Bayangkan kalau diluar sana, perlu beli 3 vitamin / mineral >> Vitamin E, Selenium, Grape Extract >> Tapi Vitamin E Shaklee ada semua bahan ni dalam satu kapsul! Dan pastinya Vitamin E Shaklee dari sumber semulajadi bukan sentetik.
Untuk anda yang nak dapatkan Vitamin E Shaklee Contact Kak EL ya!
Jemput baca tentang 10 Makanan Yang Tinggi Vitamin E di blog Elly Matin!
---------------
Laila Mukhtar : SID 570916
Nombor telefon: 012 4299 533
Whatsapp Kak EL : Klik Sini
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota & Nilai
Terima kasih korang sudi baca. Jumpa lagi di lain entry!
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeKajang #ShakleeBangi #ShakleeBandarSeriPutra #ResVShaklee #VivixShaklee
0 Comments
Catat Ulasan