Jika sebelum ni Kak El menulis tentang Bekerja Dari Rumah & Bisnes Online terbaik di Malaysia, entri kali ni tajuknya agak 'negatif' kerana Kak El nak cerita tentang keburukan, halangan dan cabaran jika anda ada niat nak bekerja dari rumah.
Namun jangan risau, niat Kak El bukan untuk menakutkan, tapi untuk anda bersedia dan ambil langkah untuk tangani. Awal-awal dah ada plan dan ada dalam minda
"Apa persediakan yang perlu dilakukan jika anda nak bekerja dari rumah".
So korang akan ready secara Mental, Fizikal & Emotional. Chewahhhh.
Ramai orang impiankan bekerja dari rumah atas banyak sebab antaranya
- Nak bekerja sendiri
- Nak bina bisnes sendiri
- Nak urus anak sendiri sambil kerja
- Tak tahan kerja bawah orang
- Nak kembangkan potensi diri lebih jauh
- Nak income lebih besar
- dan lain-lain
Realitinya ramai berjaya dan tak sikit yang gagal bila bekerja dari rumah. Ada yang Kak El tengok berkobar-kobar nak berhenti kerja sebab nak bisnes, tapi bila bekerja dari rumah terus malap! Mereka lagi perform bekerja sambil bisnes (bukan bekerja dirumah). Kenapa ya?
Berikut dikenal pasti cabaran yang anda bakal hadapi jika bekerja dari rumah
1. Kesukaran dalam menjaga disiplin dan fokus
Ini cabaran atau masalah no 1. Bila bekerja dari rumah kitalah boss, kitalah ceo, kitalah pekerja.
Kalau masa bekerja makan gaji, kita wajib checkin pukul 8am. Kalau lambat akan kena warning atau naik merah. Jadi nak tak nak kita akan cuba sehabis baik 'Be on time'.
Masa kerja pula dipejabat, kita akan lebih fokus. Walaupun masa keluar rumah ada urusan rumah tak selesai, kita tak bawa urusan rumah tu ke pejabat. Kita fokus sampai selesai, tiba masa balik rumah baru fokus urusan rumah.
Tapi bila bekekrja dari rumah, Kita 'check-in' pukul berapa pun takde sapa kisah. Nak tidur balik lepas subuh pun takde orang kisah. Nak 'be on time' tu amat mencabar dan selalunya sapa yang tak cukup kuat akan ke laut dalam.
Bila duduk dirumah, pegang kerja bisnes tengok kerja rumah tak selesai, mungkin kita akan fokus kerja rumah yang tak akan habis tu. Jadinya kerja bisnes akan kurang masa.
Solusi :
i. Kena lebih disiplin. Ada orang mungkin perlu jadual. Macam Kak El cukup To do List for the day! Listkan 5 perkara terpenting nak buat hari tersebut dan pastikan betul-betul buatlah.
ii. Cabar diri untuk bangun awal & setkan sehari berapa jam nak allocate untuk bisnes. Mungkin ada yang tak boleh buat straight 2-3 jam. Tapi buat Time block - 30mins sebelum subuh, 1jam pagi, 30mins malam. contoh.
Gambaran Ideal di minda bekerja dari rumah
2. Kurang interaksi sosial menyebabkan Motivasi menurun
Untuk orang extrovert macam Kak El ni pun cabaran juga. Orang extrover 'dapat nyawa' bila berjumpa orang secara offline. Jadi bila bekerja dari rumah, kurang sangat nak jumpa orang luar, kadang kadang rasa lemau dia lain macam! Motivasi bisnes boleh menurun!
Kalau kerja dulu hari-hari jumpa orang, miting, gaduh masa miting, bersosial masa lunch, diskas hobi, ia ibarat charging battery extrovert ni. Bila bekerja dari rumah akan kurang keluar.
Orang introvert pula mungkin suka duduk rumah, tak kisah pun. Tapi ada juga orang introvert dia suka keluar sorang-sorang nikmati alam, window shopping tapi bukan untuk bersosial.
Solusi :
i. Join komuniti penduduk dan bersosial. Boleh juga join kelas-kelas online anjuran team dan badan diluar. Alhamdulillah Team Kak El banyak je buat kelas offline, meet up santai, sembang-sembang diluar. Bila balik tu rasa recharge!
3. Campur aduk kerja rumah dan bisnes
Point ni related dengan point 1 tadi. Pagi-pagi misalnya nak mula bisnes, tengok baju, pinggan mangkuk, nak masak, kalau ada anak-anak kecil lagi serabut kalau kita tak ready dan allocate masa untuk semua aktiviti tu. Sudahnya aktiviti bisnes hanya 'on paper', strategi tinggal strategi.
Solusi :
i. Ada perkara yang kita boleh outsource pada orang lain. Contoh mengemas rumah - upah helper secara mingguan. Atau kalau beli lauk pauk basah, Kak El upah siap-siap orang tu siang dan cuci. Jimat masa!
ii. Berbincang dengan anak-anak dan pasangan, bahagi tugas dirumah. Kita tak mampu nak buat semua. Kita SURI-BISNES.
4. No Me Time - Tak ada MC
Ha, ni pun penting kena sedar ni. Dulu sakit demam ada MC. Boleh rehat dirumah. Tak payah fikir kerja. Tapi, kalau bekerja dari rumah tak ada MC tau! Sakit masih kena jaga anak-anak, urus rumah, urus bisnes. Kadang ada yang overstress sebab dah tak ada me time.
Solusi :
i. Bincang dengan pasangan untuk ada me time - reward dan hargai diri. Gi saloon ke, ngopi ke, mandi bunga ke.
ii. Amal suppliment untuk sihat, cergas dan muda (Nak Shaklee contact Kak El tau!). Bisnes women wajib jaga kesihatan, invest untuk Supliment tenaga, anti aging - Vivix!
My BFF. Vivix tonik anti aging, boost mood, boost energy, Otak lajuuuuu
5. Persepsi Anak & Keluarga
Ini macam lawak sikit. Tapi Kak El belajar lah sesuatu.
Dulu masa Kak El kerja Petronas, cikgu tanya anak-anak mak kerja apa, mereka jawab "Ibu kerja Engineer Petronas".
Tapi bila dah Full Time Bekerja dari rumah, anak balik bagitahu. "Cikgu tanya ibu kerja apa. Saya jawab, ibu tak pergi kerja. Duduk rumah je...."
He he he
Solusi :
i. Penting untuk beritahu anak, ibu bekerja dari rumah. Ibu buat bisnes. Kenapa ibu bekerja dari rumah - sebab nak buat bisnes sambil anak-anak depan mata. Ibu tak nak terlepas moment dengan anak-anak. Dulu ibu kerja, seminggu 7 hari kerja. Ibu sangat sibuk. Keluar gelap, balik gelap. Beritahu mereka bila mereka ke sekolah, apa aktiviti ibu dirumah - bukan tengok drama korea.
ii. Begitu juga pada family, keluarga mertua misalnya (bila ada keperluan). Mungkin pasangan boleh main peranan.
Dah ada gambaran bagaimana bekerja dari rumah?
Ya, anda perlu siapkan diri, mental, fizikal untuk hadapi cabaran.
insyaAllah ramai berjaya tapi wajib disiplin, ada matlamat jelas dan tak mudah putus asa!
Dan apa yang best, anak-anak melihat kita sebagai ibu icon mereka.
Anda nak cari orang yang bagaimana dimata anak-anak anda?
Nanti bila mereka dewasa mereka bangga bercerita
"Ibu ku bekerja dari rumah untuk kami. Dia sangat disiplin. Tak ada istilah putus asa! Sentiasa memberi kami semangat. Saya nak jadi macam ibu! Ibu ku terbaik di dunia! "
Bila anda bayangkan siapa anda mahu jadi dimata anak-anak!
Just do it!
Moga anda dapat manfaat dari sharing Kak El ni.
Untuk anda yang nak mulakan bisnes dari rumah, nak jana income 4 angka dengan Shaklee, jom sertai Team Kami. Wasap Kak El untuk join #TeamJutawan
Jemput baca entri team Kak El tentang Bekerja Dari Rumah.
Laila Mukhtar : SID 570916
Nombor telefon: 012 4299 533
Whatsapp Kak EL : Klik Sini
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota & Nilai
Terima kasih korang sudi baca. Jumpa lagi di lain entry!
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeKajang #ShakleeBangi #ShakleeBandarSeriPutra #ResVShaklee #VivixShaklee
0 Comments
Catat Ulasan