Alhamdulillah 2023 ni dah 13 tahun Kak El berkecimpung dalam dunia Bisnes Online. Pada mulanya Kak El cuma consumer Shaklee melalui Set Penyusuan Shaklee bermula tahun 2006 iaitu masa menyusu anak sulong Kak El, Iman Iffah.
Sekarang, Iman Iffah pun dah 17 tahun! Wahhhh lamanya Kak El setia dengan Shaklee!
Sebenarnya Kak El tak pandang pun Shaklee ni. Tu sebab ambil masa 4 tahun consume baru nak bisnes. Sebabnya Kak El masa tu seorang Jurutera di salah sebuah syarikat National Oil & Gas impian ramai. Dalam hati tak mainlah bisnes Networking atau MLM ni, hehehe. Rupanya Kak El tak tahu peluang hebat dan besar dalam Shaklee!
Hakikatnya walaupun berjawatan Jurutera, hujung bulan poket rabak juga. Kak El anak sulong yang belikan rumah untuk mak ayah, ada tanggungjawab adik adik masih belajar. Pulak tu dah dapat anak dan pastinya komitmen meningkat. Memang nak DUIT EXTRA! Tapi, ermmmm sombong dengan Shaklee time tu.
Kak El memang minat bisnes. Sebelum terjebak dengan Shaklee macam macam bisnes Kak El dah buat! Jual kerepek, quran, buku kanak-kanak, serunding, telekong, buah-buah. Cuma tak pandai masak je tak jual makanan home made! hahaha. Kalau tak itupun Kak El jual!
2009, Mentor Kak El ajak buat Shaklee. Beliau ajak buat blog - Bisnes Online. Kak El tolak!. Konon sibuk, tapi sebenarnya kurang yakin. 2010 beliau ajak lagi. Masa tu beliau bisik income seorang Doktor RM15k sebulan dengan Shaklee. Masa tu barulah terbuka sikit otak berkarat Kak El! Satu sebab beliau Doktor, kedua income beliau 5 angka! wa wa wa!
Dan dari situlah Kak El bermula Shaklee sampaiiiii sekarang. 2013 Kak El resign Jurutera selepas istiqarah dan full time Shaklee.
Alhamdulillah, Kak El dah capai banyak perkara dalam Shaklee. Bonus Cash, Trip Umrah, Oversea, Bonus Kereta dan banyak lagi. Dan harapan Kak El, lebih ramai orang dapat rasa apa yang Kak El dapat. Shaklee is a blessing for me!
Ok, kenapa Kak El katakan Bisnes Online Shaklee Terbaik?
1. FLEKSIBEL
Perkara yang Kak El sangattt suka Shaklee ni Fleksibel. Fleksibel dari segi masa dan tempat. Dulu Kak El kerja dekat pejabat, masuk pukul 9am keluar 5pm. Lambat sikit punch card dah merah. Kalau kita balik kampung maksudnya tak kerjalah.
Tapi dengan Bisnes Online Shaklee ni asal kita ada hp, bisnes boleh jalan. Tak kira masa tu di Malaysia atau luar Malaysia! Dan kita boleh adjust masa kita. Macam Kak El sehari Kak El setkan kerja bisnes 2-3 jam sehari. Ada hari Kak El bermula pagi. jika waktu pagi tu busy, Kak El gantikan timing bisnes, buat aktiviti bisnes petangnya.
Masa Kak El part time dulu, Kak El selit masa, pagi sebelum subuh 30 minit, lunch 30 minit, balik kerja 30 minit dan malam 30 minit. Bestkan! kita tentukan masa kita. Tak terikat! Tapi kenalah fokus dan disiplin - Nak income besarkan!
Dan order masuk walaupun masa tu balik kampung ke, atau masa tu tengah bercuti!
2. INCOME
Ha, kalau bisnes pastinya nak income kan! Dan nak income besar! Betul tak?
Sebenarnyakan, bulan pertama Kak El dalam Shaklee bonus cuma RM31 je. Kak El bermula seorang, tiada anak team lagi masa tu. Bermula dengan customer pertama, iaitu diri sendiri. Kembangkan pada mak ayah (pun Kak El yang belikan) dan kemudian pada kawan-kawan. Dan Kak El mula menulis blog. Alhamdulillah Allah bagi rasa Bonus Shaklee 2 angka, 3 angka, 4 angka, 5 angka dan pernah 6 angka, Subhanallah.
Kemudian belajar macamana nak berkongsi, macamana nak menulis blog, macamana nak service customer, dan buat aktiviti bisnes. Dari situ naik rank, income meningkat. Kak El capai rank tertinggi Master Coordinator pada tahun 2013.
Dan apa yang best dalam Shaklee jika kita kosisten guna Shaklee, terus berkongsi dan bina team satu hari nanti kita dapat income yang besar.
3. MODAL RENDAH
Ada orang claim zero modal Shaklee ni. Bagi Kak El, Kak El tak nak claim tu. Sebab kita perlukan modal paling tidak untuk consume sendiri. Dah consume Shaklee, dapat kesan, jatuh cinta dan dalam masa yang sama kita berkongsi kebaikan Shaklee.
Kita boleh decide nak mulakan dengan modal berapa. Macam Kak El dulu mula dengan Set Penyusuan Shaklee untuk diri sendiri. Dan ready stock beberapa vitamin hot target kawan kawan ofis. Masa tu jauh dari branch Shaklee so ada sedikit ready stock.
Kalau korang tak tahu nak mula dengan set mana boleh pilih SET RAHMAH. Sebab promo bulan April dan Mei harga RAHMAH terduduk oiii RM99 je dengan 2 Vitamin HOT iaitu ESP dan Vitamin C (harga asal rm288). Dapat Free Ahli. Untungnya grab promo ni!
4. MASA DENGAN ANAK-ANAK
Pernah menjadi Jurutera Telaga Minyak dulu perkara yang Kak El lost adalah masa bersama anak anak. Kak El orang yang paling awal hantar anak ke Taska dan paling lambat pickup. Huhu sedih. Keluar rumah gelap, balik rumah gelap. Kadang solat maghrib tengah jalan!
Ada masa anak sakit masih terpaksa hantar ke taska atas sebab kerja. Huuuu sedih. Anak boleh merangkak, berlari, pengasuh yang tengok dulu. Huuu jeles.
Bila Kak El dapat anak no 2, Kak El doa Ya Allah kirimkan bisnes yang aku boleh resign duduk rumah tapi ada duit! (Mata duitan kannnn! Tak, sebab banyak komitment. Mak ayah adik adik masih mengharap pada Kak El anak sulong).
Sekarang memang kerja dikeliling anak anak. Syukur. Alhamdulillah.
Dengan boys, Iqbal, Ihsan & Ikhlas
5. TAK KIRA BACKGROUND
Walaupun Shaklee ni jual Vitamin Super Organic dan Kak El ni background Engineering, tapi boleh je buat Shaklee. Tak kira background apa pun boleh buat Shaklee.
Team Shaklee kami ada pelbagai background. Ada Stay at Home Mom, Cikgu, Kerani, Pensyarah, Polis, Peguam, Doktor, Jurutera, dan macam macam backgound.
Kami pelbagai background
Jangan risau Kita ada kelas marketing, close sales, kelas soft skill, kelas Nutrisi dari Pakar Nutrisi. Asal bersedia nak belajar kira ON!
6. FUTURE BISNES
Selalu kita kita dengar satu bisnes tu viral lepas tu diam. Dan ada juga syarikat yang baru buka setahun dua kemudian tutup. Banyakkkkk.
Tapi Shaklee syarikat yang kukuh. Dah 60 tahun lebih dipasaran dunia, 30 tahun lebih di Malaysia. Tak pernah skip bayar bonus Ahli Shaklee yang layak. Alhamdulillah.
Yes, Shaklee dan dikaji akan bertahan lama (insyaAllah) walau 50 tahun kedepan dan lebih.
Masa Ceo Shaklee tengah mencari bisnes yang sesuai beliau kaji beratus bisnes akhirnya jumpa dua bidang yang akan bertahan lama salah satunya adalah Wellness dan Prevention.
Dia kaji lagi nak invest atau beli syarikat yang sesuai, suppliment world class, beyond organic, ada reseach yang hebat, masa tu lah beliau jumpa Shaklee yang pemilik asalnya adalah Japan Pharma.
InsyaAllah Shaklee syarikat yang kukuh dan akan bertahan lama. Ia Future Bisnes yang boleh diwarisi untuk anak-anak nanti.
7. CIRCLE YANG POSITIF
Seorang guru pernah pesan, nak jadi hebat kena berada dalam circle yang betul. Alhamdulillah Kak El bersyukur berapa dalam circle yang betul, positive dan supportive.
Ukhuwwah kami bukan sekadar bisnes tapi lebih daritu. Selalu mengingatkan pasal akhirat, ada group selawat, dan juga saling ingat mengingatkan tugas sebagai hamba dan khalifah. Dan bisnes ni sebagai jalan memberi manfaat pada keluarga dan ummah.
Ha kalau nak list sebenarnya bukan 7, tapi lebih dari 17. Ni dari sudut pandang Kak El secara personal. Next insyaAllah Kak El kongsi pula tentang Kekuatan Syarikat dan keunikan produk Shaklee yang hebat.
Jom tengok Video ni WHY SHAKLEE
Nak mulakan Bisnes Shaklee, hubungi Kak El untuk maklumat lanjut.
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Laila Mukhtar SID 570916
No tel: 0124299533
Your trusted Shaklee Health Advisor
Shaklee Master Coordinator
--------------------
Follow saya juga melalui akaun social media:
Youtube : https://www.youtube.com/@LailaMukhtar69
IG : https://instagram.com/lailamukhtar69
Fb: https://www.facebook.com/lailamukhtar69
Facebook Page : https://www.facebook.com/Elaila.net
Tiktok : https://www.tiktok.com/@lailamukhtar69
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
2 Comments
MasyaAllah, bestnya...mudah sangat kan bekerja dari rumah
BalasPadamsangat memberi inspirasi <3
BalasPadamCatat Ulasan