Doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepada Allah adalah satu pengiktirafan bahawa hanya Allah Yang Maha Berkuasa memenuhi hajat manusia. Barangsiapa yang tidak berdoa pulak dianggap sombong. Hebatnya doa ini, ia permintaan hamba kepada Rabb dan dikira sebagai ibadah. Dah la diberi peluang doa, dapat pahala pula tu. 




Doa juga senjata Mukmin. Rugilah mereka yang tidak berdoa. Ia ibarat, ke medan perang senjata dah ada tapi tak guna. ishhh ruginya! Jadi kita sebagai muslim kena rajin berdoa. 

Entri kali ni Kak El nak kongsi 3 Doa atau zikir yang bagus untuk wanita amalkan untuk sentiasa tenang, bahagia dan kehidupan yang lancar dalam apa jua yang mereka lakukan. 

Jom sama-sama amalkan! 

1. Selawat Tafrijiyah





Kak El selalu pasang Selawat Tafrijiyyah ni dibilik. MashaAllah merdu dan mendamaikan. 

Antara kebaikan mengamalkan Selawat Tafrijiyyah 
  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang akan menimpa dirinya
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya
  • Dipancarkan Nur (cahaya) dalam hatinya dan ditinggikan martabatnya
  • dia sentiasa dicintai oleh ramai orang
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  • dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah
  • Dimurahkan rezekinya dan dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan


2. Penghulu Istighfar

Juga dikenali sebagai sayyidul istighfar. Satu kali sayyidul istighfar ini bersamaan dengan 1000 kali istighfar pendek. 


Antara kebaikan mengamalkan Sayyidul Istighfar : 
  • Dicintai Allah
  • Diampuni dosa
  • mencegah azab
  • Dilancarkan rezeki - rezeki Midroro (ibarat hujan lebat)
  • Membersihkan hati
  • Ketenangan jiwa
  • Dimudahkan urusan 
  • dan banyak lagi. 


3. Zikir  Fatimah (Tasbih, Tahmid, Takbir)


 
Zikir ini dibaca setiap kali lepas solat fardhu atau bila-bila masa sahaja.
Zikir Fatimah ini 'penawar' yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w kepada anak Baginda Fatimah. bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup. Pada masa itu Saidatina Fatimah mengeluh letih dan mahukan pembantu rumah. 

Alhamdulillah selepas mengamalkan hilang keletihan beliau dan urusannya lancar. 

Zikir ini juga sangat hebat dimana setiap kali zikir ini dibacakan ia ibarat menanam satu pohon disyurga  


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ucapkanlah Subhaanallah Walhamdulillaah, Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar”Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu” (HR Ibnu Majah dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)


Jom sama-sama istiqamah beramal. 


Sebagaimana kita yang Islam berdoa, penganut agama lain juga ada amalan doa mereka yang tersendiri. Sahabat saya Fidelia ada kongsikan tentang amalan doa penganut agama Kristian di sini.


Akhir kalam, mari kita renung sejenak firman Allah swt dalam Surah Al-Kafirun.

Ù„َÙƒُÙ…ْ دِÙŠْÙ†ُÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„ِÙŠَ دِÙŠْÙ†ِ  
ayat ke-6 surat Al Kafirun. 
Bermaksud :  yakni untukmu agamamu dan untukku agamaku.

Hidup di Malaysia, kita tidak akan dapat lari daripada bertembung dengan adat dan kepercayaan selain Islam. Namun, sebagai Islam kita perlu pastikan i'tiqad dan pegangan kita adalah betul iaitu La Illaha Allah, Muhammaddar Rasulullah.

Maka berdoalah mengikut apa yang telah diajarkan oleh baginda Nabi saw.


---------------

Laila Mukhtar : SID 570916
Nombor telefon: 012 4299 533 
Whatsapp Kak EL : Klik Sini
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota & Nilai

Terima kasih korang sudi baca. Jumpa lagi di lain entry!

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ShakleeKajang #ShakleeBangi #ShakleeBandarSeriPutra #ResVShaklee #VivixShaklee