Pernah tak korang tertanya-tanya apa itu Intermittent Fasting atau Diet IF?
Sebenarnya, Intermittent Fasting ni mencatat meningkatan carian dalam google sejak kebelakangan ni.
Intermittent Fasting (IF) mula mendapat popularity apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan. Sejak tahun 2010, carian “Intermittent Fasting” di online meningkat sebanyak 10,000 peratus.
Jika dulu IF ni hanya popular diluar negara atau tak ramai yang amal dekat Malaysia ni, tapi harini kebanyakkan mereka yang nak tahu gaya hidup sihat dan mula belajar dan amal Intermittent Fasting ni.
Pertama kali Kak El dengar IF ni puasa boleh minum Kak El agak skeptikal.
"Eh puasa apa boleh minum!" ahahahah.
"Puasalah betul-betul. Dapat pahala! Puasa sunat Isnin Khamis ke, puasa Nabi Daud ke..."
Padahal yang bercakap tu pun takleh la istiqamah buat puasa sunat setiap minggu. Cakap je lebih! Kak El lah tu! He he he.
Ya, untuk yang mampu puasa Isnin Khamis, puasa sunat Nabi Daud boleh teruskan. Itu yang terbaik. Tapi tak semua mampu nak puasa Isnin Khamis, Puasa Nabi Daud boleh follow puasa IF atau Intermittent Fasting ni.
Ok jom kita berkenalan dengan Intermittent Fasting.
Apa Itu Intermittent Fasting
Intermittent Fasting bermaksud Puasa Berkala. Ia sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Amzingly IF ni dapat melaras semula sistem badan kita.
Kajian mengesyorkan kita berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih (jika mampu) untuk memaksimumkan manfaat berpuasa. Terdapat pelbagai jenis atau cara melakukan IF, namun posting kali ni Kak El fokus pada PUASA HARIAN (Daily Fasting Plan).
IF 12/12 : bermaksud 12 jam tempoh berpuasa, 12 jam had waktu makan
IF 16/8 : bermaksud 16 jam tempoh berpuasa, 8 jam had waktu makan
Untuk Newbies (yang baru bermula) atau ibu menyusu boleh mulakan IF 12/12 dahulu.
Fasting Window
Dalam fasting window IF anda boleh minum (minuman yang dibenarkan sahaja) tetapi tidak dibenarkan untuk makan.
Waktu berpuasa bergantung pada Pelan IF yang anda pilih (12/12), (16/8) atau (20/4)
Manfaat Intermittent Fasting
Faedah IF antaranya :
• Fokus untuk mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan anda.
• Belajar cara menguruskan tabiat makan anda.
• Meningkatkan kawalan dan disiplin diri.
Sekiranya dilakukan dengan betul IF membantu untuk penurunan berat badan, membantu pesakit diabetes menstabikan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaat terhadap kesihatan.
Apa Yang Berlaku Semasa Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting Yang Mana Lebih Berkesan?
Plan 16/8 lebih effektif berbanding 12 jam untuk menurunkan berat badan dan Plan asas untuk dapat impact paling cepat!
Selepas puasa 16jam, badan kita berkerja sebagai "Mesin Pembakar Lemak!" Wow bestkan!
Apa akan jadi selepas 16 Jam?
- Insulin lebih stabil, kurangkan risiko diabetes
- Pembakaran lemak lebih efektif, lebih bertenaga, berat badan turun lebih cepat
- Mengurangkan trigeliserida, mengurankan oksidadi kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- Leption dan Ghrelin lebih sensitif, lebih mudah kawal lapar
- Human Growth hormone meningkat, metabolisma turun meningkat
- Mengurangkan inflamasi - mengurangkan risiko penyakit kronik
- Mengurangkan radikal bebas. Detoksifikasi lebih efektif. Lalu meningkatkan potentsi panjang usia dan awet muda
- Meningkatkan daya ingatan dan mengelakkan penyakit Alzheimer
Namun untuk ibu menyusu ekslusif (baby bawah 6 bulan) atau ibu hamil dengan GDM (Pesanan ni incase masa depan korang hamil dan mahu buat IF untuk kawal gula dalam darah) boleh laksanakan Plan 12/12. Ibu menyusu bayi secara exclusif tidak digalakkan melakukan IF melebihi 15 jam. Berbuka jika tidak mampu.
Mereka yang ada masalah diabetes, gastrik, atau masalah kesihatan yang lain mulakan dengan plan basic 12/12.
Oklah, cukuplah dulu sebagai pengenalan Intermittent Fasting.
Kak El harap, korang yang mencari tentang IF, lebih jelas tentang Intermittent Fasting ni.
Terima kasih kerana membaca.
Jumpa lagi dilain posting!
Selamat ber-IF!
Salam sayang,
Kak El
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
0 Comments
Catat Ulasan