Entri kali ni Kak El nak share topik hot tentang tips kurus dengan cepat. Mesti ramai nak tahu kan?
Yelah, siapa tak mahu kurus dengan cepat. Kalau boleh nak turun 10kg sehari! Hehe. 
Tapi realitinya tidak begitu, bayangkan berat nak bertambah ambil masa berbulan atau bertahun lamanya tiba-tiba nak kurus segera! 

Semua orang nak kurus dengan cepat! Betul tak?


Tapi tak mustahil untuk kita kurus dengan cepat kalau ada ilmu dan kena caranya. Awal Ramadan haritu Kak El turun 2kg dalam masa 5 hari (hari ke 5 Ramadhan). Amazing result sebab Ramadhan sebelum ni Kak El tak turun pun, berat statik! Ha, Kak El nak jugalah share tips atau rahsianya supaya kita sama-sama sihat dan lebih mudah ibadah. 

Journey menurunkan berat badan Kak El bermula hujung tahun 2022, namun terberhenti kerana pregnant anak ke-5 Baby Izzah. Lalu Kak El fokus kehamilan dulu. Asal nak turun berat termengandung. Ikhlas dulu pun macam tu! he he he. 

Masuk Ramadhan 1444 / 2023 ni Izzah dah masuk 6 bulan. Walaupun masih menyusu sepenuhnya, Kak El dah mula intro solid food ke Izzah. Jadi Kak El dah boleh mula fokus turunkan berat secara lebih serious. 


Berat sebelum Ramadhan 65kg. Ya Allah dah kembang sangat dah ni. 

Alhamdulillah 24 Ramadhan ni Kak El dah 60kg. Apa yang Kak El buat? jom Kak El kongsikan. 

5 Perkara Sebelum Mulakan Misi Kurus

Tekad

Ya, kena betul-betul tekad untuk kurus. Dekat luar sana ramai nak kurus. Tiap tahun ada azam nak kurus. Tapi tidak betul-betul tekad. Buktinya azam tu recycle je tiap tahun - macam pernah dengar tak? atau anda alaminya sekarang? 

Contoh nak kurus kena stop air manis, tapi bila air manis depan mata, mulalah minum sikit, lama-lama segelas ha. Atau kena stop dessert - tapi bila keluar dengan kawan-kawan terbang semua dessert masuk ke dalam perut. ha ha. 

Sebab apa jadi begitu, tekad belum kuat. 


Mindset yang betul

Ya, apa pun kita lakukan kena ada mindset yang betul. Bila nak kurus, apa mindset kita? 
Ada orang bila nak kurus dia rasa diseksa - tak boleh makan sedap (bergula, tinggi carbo, process food - burger, nugget, air gas, dessert). Dia rasa itu satu penalty dekat diri dia. Jadi dia ada cheat day. Cheat day makan macam-macam. Erm, sebenarnya dia cheat siapa? Dia cheat (tipu) dirinya sendiri. Aduhhhh kesian kat diri sendiri. 

Cuba ubah begini, setkan dalam diri "Aku nak kurus, nak turun berat sebab aku nak sihat, aku sayang badan aku. Kalau aku sihat, aku fit, senang nak bergerak, tak semput, ibadah sempurna. Nak aktif. Nak fleksibel. Kalau aku makan makanan sihat, sel-sel badan akan ucap terima kasih sebab jaga diri aku sendiri. Aku lebih confident, lebih cantik, lebih sihat nanti. wahhh bestnya! " 

Jika kita set macamni, bila kita tak makan benda tak sihat - tinggi gula, process foods, dessert kita tak akan rasa diseksa, tapi disayangi sebab kita lindungi diri kita sendiri dari perkara yang memudaratkan- Self Love. Bayangkan seluruh sel badan kita ucap terima kasih kerana jaga dia. oh sweet kan! 


Sabar 

Macam Kak El katakan sebelum ni, nak naik berat amek masa bertahun, jadi nak kurus pun akan ambil masa. Jadi usah target nak turun 10kg dalam masa sebulan! sebab anda akan kecewa! Trust me! Kak El dah jumpa ramai orang nak turun berat cepat-cepat, dia kecewa bulan pertama sebab tak capai. 

Tapi target yang lebih realistik. 3 bulan 10kg tu ok. Ramai dah capai! Jadi kena sabarrrrrr. 


Ilmu

Yesss. Ilmu. Sangat penting untuk ada ilmu. At least ada ilmu pemakanan, yang mana boleh ambil tak boleh ambil. Yang mana boleh makan banyak-banyak. Jangan malas untuk belajar. Dengan ilmu kita boleh berubah menjadi lebih baik. Banyak je video, blog tentang ilmu nak kurus ni. Salah satunya boleh follow Youtube Kak El, dan Medsos Kak El. 

Contoh ilmu

Apa beza Weight Loss & Fat Loss - mana lebih penting. 
Berapa jenis lemak dalam badan kita - rupanya ada lemak baik! 
Macamana nak tingkatkan kuasa pembakaran kalori dalam badan kita?
Kenapa senaman macam nak gila tapi berat tak turun? banyak lagi lah ilmu! 


Raikan Progress

Ha, ni lagi satu. Jangan cepat kecewa tapi raikan progress. Ada bulan akan turun banyak, ada bulan turun lenggang kangkung. Tapi sebenarnya nak kurus bukan turun berat semata-mata. Ada masa bacaan penimbang tak turun, sebab jisim otot kita bertambah - tapi body kita lebih shaping atau ada inch loss. Ha tu kena ada ilmu. 

Raikan progress dan process. Ucap tahniah pada diri dan paling penting anda hargai perjuangan diri anda. Tutup telinga dengan kata-kata negatif orang sekeliling.

Katakan bulan pertama target nak turun 5kg. Tapi turun 3kg. Ucap tahniah pada diri sendiri dulu - dah turun 3kg, dah dapat kawal craving, dah mula senaman 3 kali seminggu misalnya - raikan walau effort tu sikit. 

InsyaAllah bila kita raikan, diri kita akan lebih semangat! 


Hindari 5 Perkara Kalau Nak Kurus Dengan Cepat

Ha, macam Kak El kata tadi Ramadhan sebelum ni berat Kak El statik. Nak kurus tu sekadar angan-angan. Hangat-hangat taik ayam. Apa kesalahan yang Kak El buat? Kalau korang nak kurus dengan cepat, elakkan melakukan kesalahan ni ya! 

1. Berbuka dengan air manis 

Air manis adalah punca besar tak turun berat. Kak El faham air manis ni sangat tempting waktu puasa. Yelah, kita puasa. Tiba-tiba ada air manis sejuk depan kita. Haaaaa mestilah tergugat keimanan nak kurus tu. Jadi kita minumlah, ingat satu hari je tergoda. Sudahnya 30 hari tergoda. Kirim salamlah nak kurus macam tu. 

2. Berbuka dengan cucur 

Kak El orang Kedah. Orang Kedah ni memang suka cucur. Memang dari kecil family akan hidang cucur waktu berbuka. Bukan setakat sebiji makan. Makan sampai kenyang! Lepas tu ada hati nak kurus. Kirim salam juga sapa nak kurus tapi asyik makan cucur hari-hari. 


3. Tak jaga air kosong

Salah satu faktor nak kurus dengan cepat adalah pengambilan air kosong yang cukup. Tapi masa puasa kita tak boleh minum siang. Jadi window untuk minum air kosong hanya malam. Masa tu suka hati je. ada masa tak minum dah lepas berbuka tu, masa sahur baru minum. Tu sebab tak kurus sebab tak jaga air. 

4. Sembelit

Bab ni penting. Kalau nak kurus, nak turun berat wajiblah membuang hari-hari. Kena usaha untuk membuang hari-hari. Cukupkan fiber dan boleh amalkan herblax kalau susah nak membuang. Sebab anda tak akan turun berat kalau masalah membuang tak settle. 

5. Tak Aktif

Tak aktif sebab alasan berpuasa. Nak save energy kononnya. Bila tak aktif memang susah nak turun berat. 




Tips Kurus Dengan Cepat : Turun 2kg Dalam Masa 5 hari 

Apa yang Kak El ubah Ramadhan kali ni sampai turun 2kg dalam masa 5 hari : 

1. Air kosong cukup - Air kosong yang cukup bantu tingkatkan metabolisma dan turunkan berat badan. Air yang cukup juga bantu nyah toksin dari tubuh kita 

2. Stop air manis & kuih muih - Alhamdulillah kali ni memang berjaya. Ada hari terbabas tu memang berat tak turun. maka terbuktilah air manis ni culprit turun berat badan. 

4. Pastikan lawas - amal serat. Kak El ambil fiber secukupnya. Sayur dan supplimen bantu lawas. 

5. Ambil Protein secukupnya - Protein ni bersifat Thermogenic yang mana bantu bakar kalori lebih berbanding ambil karbo. Protein bantu kenyang lebih lama dan elak craving. 

6. Add on Good Fat - Kak El add on Omega 3, Lecithin. Kedua-dua ni bantu bakar lemak bawah kulit dan lemak disekitar organ dan perut (penerangan lanjut rujuk video)



Dan yang paling penting Kak El dapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Bila kita nak kurus kita akan cut kalori intake kan. Bila kita cut pemakanan, kita juga akan cut nutrisi yang tubuh kita perlukan. Disinilah Supplimen memainkan peranan. Kak El ambil SET KURUS SHAKLEE  yang mana bertindak dengan 3 cara 

Buang - Buang Toksin / lawas
Bakar - Bakar Lemak, Ransang Metabolisma
Bina - Bina Otot



Nak tahu secara details tentang fungsi set ni boleh TONTON VIDEO NI. 
(Pssst masa ni berat Kak El dah 60kg. Tunggu lagi 2 bulan Kak El target 53-55kg tau! Doakan.)


Jom baca lagi tulisan anak team Kak El ni tentang TIPS KURUS DENGAN CEPAT 

Nak order Set Kurus Shaklee atau nak mulakan Bisnes Shaklee, hubungi Kak El untuk maklumat lanjut. 


#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleebangi
#NextlevelBlogging
#SetRahmahShaklee2023
#TipsKurusDenganCepat

Laila Mukhtar SID 570916
No tel: 0124299533


Your trusted Shaklee Health Advisor
Shaklee Master Coordinator

--------------------

Follow saya juga melalui akaun  social media:


Youtube :  https://www.youtube.com/@LailaMukhtar69

IG : https://instagram.com/lailamukhtar69

Fb: https://www.facebook.com/lailamukhtar69

Facebook Page : https://www.facebook.com/Elaila.net

Tiktok : https://www.tiktok.com/@lailamukhtar69

 

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.