Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. 

Terima kasih kerena sudi singgah blog Kak El. Entri kali santai-santai saja. Pejam celik rupanya kita dah masuk setengah tahun 2023! Wah cepat sungguh masa berlalu. 

Mei 2023 merupanya bulan kelahiran Kak El. Maka bertambahlah usia 40-an Kak El seterusnya. Dah lebih 40 tahun Allah pinjamkan usia dan nikmat kehidupan ni. Alhamdulillah

 

10 Pelajaran dalam hidup sehinggah usia 40-an ni. 

1. Sayangi Diri Sendiri

Self Love. Bila usia menginjak 40-an ni Kak El sedar dulu Kak El lupa nak sayang diri sendiri. Banyak berkorban sehingga lupa nak sayang diri sendiri.

Self-Love is not Selfish. Rupanya bila kita sayang diri sendiri, kita boleh memberi kasih sayang pada orang yang kita sayang, orang sekeliling.


Contoh, sebagai ibu kita sayang diri sendiri kita akan buat self-care. Jaga kesihatan, makan yang sihat, tidur yang teratur, manage stress jadi emosi kita baik, fikiran kita lebih baik, mental kita lebih baik, maka kita akan lebih tenang mengurus anak-anak. Kita sihat, tak sakit untuk menjaga orang tersayang. 

Bayangkan kalau kita tak jaga diri, kita sakit tak kisahlah dari segi mental, emosi, fizikal macamana kita nak menyantuni keluarga? Malah mungkin tindakan kita bila kita tak sihat kita melukai jiwa orang yang kita sayang.


2. Berterima Kasih Pada Orang Yang Menyakiti 

Perjalanan sampai usia 40an ni dah jumpa macam-macam feel orang. Masa kerja, masa full time bisnes. 

Boss pelbagai ragam, kawan kerja perangai macam-macam. Masa fulltime bisnes pun begitu. Bila deal dengan manusia kita akan deal dengan fikiran, emosi, tindakan mereka. 

Kadang-kadang orang yang kita jumpa tu pernah menyakitkan kita, mengutuk, mengherdik, menghina, fitnah, menjatuhkan maruah atau air mata.

Tapi kita kena sedar ada situasi disebabkan mereka menyakitkan kita, kita bangkit. Kita jadi lebih baik. Kita capai impian kita. Mungkin ada masa sebab kita nak buktikan pada mereka yang kata-kata mereka tak betul. Tapi akhirnya kita capai apa yang kita mahu. 

Mereka itulah 'guru kehidupan', mereka sebenarnya salah satu asbab kita berjaya. 

So, hapuskan dendam, ucapkan terima kasih. Ucapan tak semestinya dizahirkan jika tak mampu. Dari hati pun dah cukup bermakna.


3. Tak Perlu Ambil Hati Semua Orang

Pernah tak masa muda-muda dulu rasa nak jaga hati semua orang? Kak El pernah disituasi tu masa sekolah. Nak jaga sangat hati kawan-kawan takut orang tak nak berkawan. Kekadang sampai mengorbankan diri sendiri.

Tapi realitinya kita tak mampu nak jaga hati semua pihak. Jika apa yang kita buat tu betul pada pertimbangan kita (dengan pengalaman hidup yang ada), tak apa. 

Allah ciptakan kita berbeza cara hidup, cara fikir. Raikan persamaan, hormati perbezaan.

 

4. Gembira Dengan Kejayaan & Kebahagiaan Orang Lain

Dulu bila tengok orang berjaya, sama ada nak tahu rahsia apa buat mereka berjaya tapi takde rasa happy pun dengan kejayaan orang lain. Tapi Alhamdulillah takdelah rasa dengki. Mungkin sebab Allah anugerahkan Kak El pelbagai nikmat dari segi kehidupan, family, pelajaran, bisnes - rasa bertuah sangat.

Tapi bila Kak El dengar satu pesanan ni jiwa kita lagi besar jika kita gembira dengan kejayaan dan kebahagian orang lain, cuma amalkan. Wow hebat sangat rasa. 

Sebenarnya bila kita happy dengan kejayaan atau kebahagiaan orang lain, minda bawah sedar akan rasa itu kejayaan kita, itu kebahagiaan kita. InsyaAllah sooooonnnn kita akan dapat. 

Nak tak? cuba buat. 


5. Mendoakan Orang lain

Ini memang saranan Rasulullah kekasih agung. Mulakan hari dengan mendoakan orang lain - malaikat akan mendoakan kita doa yang sama!


Mendoakan kejayaan, hidayah, ampun dosa, anugerahkan anak-anak soleh, kejayaan bisnes, diluaskan rezeki, apa-apa saja doa untuk mereka. 

Tak perlu tunggu jumpa secara fizikal baru nak doa, scroll FB pun boleh doakan yang baik-baik.


6. Unconditional Love

Beri kasih sayang, beri sesuatu tanpa harap balasan. Walaupun dia suami kita, mak ayah kita, anak-anak kita, ahli team bisnes kita. 

Berilah kerana kasih. Berilah kerana cinta. Tak perlu harap. 

Disitu akan hadir ikhlas dan jiwa yang besar, insyaAllah. 

Jika kita lalukan sesuatu dengan harap balasan, harap orang menghargai, bimbang nanti hati kita pecah bila kita tak dapat.

Harap boleh, harap pada Allah 100%. 

 

7. Jangan Beri Nasihat Pada Orang Yang Tak Minta Nasihat

Dulu, pantang tengok orang yang buat silap (pada pendapat Kak El) terus nak nasihat. Rupanya tak begitu. Usah bazir tenaga dan emosi pada orang yang tak perlukan nasihat kita. 

Ada orang bila kita nasihat, sentap. Terus tak tegur pun ada.

Orang yang tak minta nasihat, kita tak perlulah nasihat kecuali mereka tu anak-anak kita ada memang dekat dengan kita. 

Jika ada yang datang minta nasihat tu boleh nasihat kerena mereka yang meminta nasihat ni dah Open Their Heart untuk terima apa yang kita nak cakap.

Tak boleh nasihat, kita hadiahkan doa terbaik buat mereka. 


8.  Kita Bergantung Pada "Kaca-Mata" Yang Kita Pakai

Hari yang kita lalui akan rasa lain jika kita pakai KACA MATA berbeza. 

Contoh Hari ni kita pakai KACA MATA SYUKUR. Bila anak tumpahkan air, tak sengaja pecahkan pinggan pun kita boleh senyum - sebab kita bersyukur, kita ada anak yang sihat, comel, aktif, normal yang tak semua orang ada. Ada orang belum ada anugerah cahaya mata. 

 Cuba pula pakai KACA MATA MENGELUH boleh bayang tak kalau anak tumpahkan air, pecahkan pinggan? Pasti kita marah, menengking, mengeluh penat. 

So setiap pagi set kan nak pakai KACA MATA apa tau! 


9. Maafkan Jika Mahu Hidupmu Ringan

Maafkan orang lain. Move on. Usah simpan dendam. 


Bila kita tak maafkan orang kita buang "beban" dalam hidup kita. Setiap malam sebelum tidur lazami maafkan orang orang yang menyakiti kita. 

Ha, maafkan diri sendiri juga. Kita pun manusia biasa, selalu buat silap. 


10. Private Time 

Akhirnya bila usia 40an ni usia kita makin pendek. Kita tak tahu bila Allah akan jemput kita. Banyakkan masa untuk Private time with Allah. Tahajud, Quran, Zikir, Selawat. Perlu ada komitmen untuk Private Time ni. Lock masa dan jadikan rutin.

 

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah 10 untuk entri ni.

Hope korang dapat sesuatu dari entri ni. 

Jom baca entri sahabat Kak El ni : Kata-Kata Motivasi


Salam Sayang,

Kak El

Happy MomPreneur

 

Nak Join Ahli Shaklee Percuma, PM Kak EL